Mencintai dan ingin Kembali!
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Sekadar luahan rasa, yang sering menghantui saban hari sekembalinya dari Malaysia, sekadar perkongsian hati, mungkin bukan membawa manfaat yang besar buat yang membacanya, oleh itu, terlebih dahulu, maafkanlah…
Setelah sekian lama tidak membuka friendster ini, dan ketika membukanya tercetus mengklik lagu dalam ruangan about me..aku ingin mencintaiMu setulusnya..dalam benar maksud yang cuba disampaikan oleh penasyid, yang mengalunkannya dengan sepenuh perasaan, hingga bisa membuatku jatuh cinta (pada lagu itu), dan terfikir andai diambil separuh2 dari lirik, bisa juga menjadi ungkapan kepada manusia, ya?!
Manusia sering diberi peluang oleh Sang Khaliq, yang memiliki segenap jiwa dan raga ini, yang memiliki setiap inci perasaan cinta dan kasih ini, yang menguasai setiap desis rindu hati ini, dan sebagai balasannya apa yang kuberikan padaNya?! Letakkanlah tapak tangan di permukaan hati, tanyalah padanya, pintalah ia jawab dengan ikhlas, apakah benar ia sudah tidak sabar untuk bertemu dengan kekasihnya? Lalu hati berkata, dengan girang;
Dialog 1:Adam (bukan nama sebenar)
“Ye, sudah tidak sabar! nak pulang secepat mungkin! tak sabarnya nak jumpa buah hati, dia yang selalu menemani mimpi malamku, yang berterbangan di atas awan bersama2ku bagaikan Goku dalam fantasi bola naganya…dia yang seolah2 mendapat rasa yang sama bila aku kesedihan, atau aku kesepian, yang akan sentiasa sms bertanya khabar, bertanya dah breakfast ke belum bila saje menjelang subuh, atau dah lunch ke belum, apabila saja matahari terpacak, atau dah dinner kah bila maghrib menyusul, atau kadang2 bila ingin menyuarakan kealimannya dia akan bertanya kalau sudah solat? bila daku terbang jauh ke luar negara, sanggup benar dia bangun di sepertiga malam untuk mengsms ku, bagi meraikan pagi ku, bangun qiam barangkali, yang mengembangkan lubang hidungku, dia akan membuka hndphone nyer dulu, sebelum membuka pintu toilet untuk mengambil wuduk? benarkah agaknya dia begitu? atau sekadar topeng perhiasan? sejak daku di luar negara, bertambah2 risau dia..semakin banyak ucap rindunye, semakin serius perbincangan masa depan nyer, dan aku mendengar bisikan suaranya yang merentas benua dengan setia, melayan saban malam, meraikan kerinduan kekasihku..aku mau pulang! mahu menemuinya, kerana dia telah banyak memberi peluang dan kesempatan buatku, yang sering memaafkan aku, dan andai sekali lagi aku menyakitinya, dia tidak akan lagi mampu memaafkanku, dan aku akan pulang padanya…”
AKU AKAN PULANG PADA NYA..
Dialog 2: Katrina (bukan nama sebenar)
(Masih soalan yang sama: Letakkanlah tapak tangan di permukaan hati, tanyalah padanya, pintalah ia jawab dengan ikhlas, apakah benar ia sudah tidak sabar untuk bertemu dengan kekasihnya? Lalu hati berkata, dengan sedih;
“Dulu saya ada kekasih, tapi sekarang dah tak ade, bukan salah dia, tapi salah saya, saya sering mengecewakan dia..dia dah banyak kali beri saya peluang, tapi saya dah sia-siakan, saya sangat mencintai dia, dengan setulusnya, dan ingin terus mencintai dengan setulusnya..dulu saya terlalu ego untuk mengakui perasaan saya, saya terlalu jual mahal, saya main-mainkan perasaan dia, dan akhirnya dia telah memilih yang lain setelah terlalu lama..tapi dia pun ego jugak, saya pun tak pasti kalau dia mencintai saya setulus itu, tapi kalo betul, dia pun cintakan saya,macammane? melepasla saya..huhu.Tapi saya takkan sedih, saya akan bangkit untuk terus mencintai dia, saya mesti kuat, saya mesti tabah, dan akan cuba mendekatinya walau apa cara sekalipun, saya tak akan kisahkan pandangan orang pada saya, hati saya, cinta saya, rindu saya, masa depan saya, buruk baik milik saya, orang lain ape nak susah! Ye, saya pasti akan pulang! Pasti akan pulang padanya! YAKIN!!!
PASTI AKAN PULANG PADA NYA, YAKIN!!!
Dialog 3: Nur Amina (bukan nama sebenar)
(Masih soalan yang sama: Letakkanlah tapak tangan di permukaan hati, tanyalah padanya, pintalah ia jawab dengan ikhlas, apakah benar ia sudah tidak sabar untuk bertemu dengan kekasihnya? Lalu hati berkata, dengan tenang;
“Tentulah…(sambil tersipu malu..), tapi tidak sebelum kami di ijab kabulkan, biarlah masa menentukan, masing-masing antara kami punya tanggungjawab, punya cita-cita, dan tentu sekali punya cinta..cinta itu anugerah ALLAH, yang hadir secara halus dan tanpa disedari, cinta kami tulus suci, dan semoga abadi, cinta ini bukan untuk dunia semata, tapi kerana kami ingin bersatu di sana juga, cinta kami ni kak, kat sekolah dulu orang panggil cinta nta nti, hehe, tapi ape2la kan, yang penting kami takdela melagha sangat macam couple2 lain kat luar sana tu (muncung mulut skit), kami takdela berhubung sekerap orang lain! Kami sms pun sebulan sekali jer, kol memang susah la kak, kami kan sama-sama sekolah agama dulu, so kami faham..
(Q: bagaimana pulak yang memang tak pernah berhubung, tak pernah bertentang mata atau tak pernah ade sebarang tanda percintaan mereka? mungkin mereka sendiri atau salahseorang darinya sahaja yang menyedari? Skema Jawapan, Answer: SS kot kak..ade ke cinta macam tu? Q: SS tu hape? Answer: hehe, syok sendiri..[hampeh tul!] )
Jadi, jawapan saya kak (katakanlah dia panggil hati dia, kak!), seikhlasnya..ye, insyaALLAH akan pulang padanya suatu hari nanti!
YE, INSYAALLAH AKAN PULANG PADANYA SUATU HARI NANTI!

Nur Amina yang yakin akan dipertemukan dengan cinta sejatinya, di mana hati yang telah berjanji akan pulang bersatu di bawah redhaNYA
Pelbagai jawapan yang hadir dari personaliti yang beda, cuba korek dari seorang yang cuma menatap pada yang hak.
Dialog 4: Aidil (bukan nama sebenar)
(Masih soalan yang sama: Letakkanlah tapak tangan di permukaan hati, tanyalah padanya, pintalah ia jawab dengan ikhlas, apakah benar ia sudah tidak sabar untuk bertemu dengan kekasihnya? Lalu hati berkata dengan tegas;)
“Pernah dulu mencintai sekujur tubuh yang indah, sebuah wajah yang berseri, seorang yang tutur katanya bisa menggetarkan hati, seorang yang langkahnya bisa menggoyahkan perasaan, mencintai sepasang mata yang mengharap, seulas bibir yang sering membisu, mencintai seorang yang sering menghayunkan tangannya, yang hinggap dengan pesanan, dan kekadang ia membelai lembut di rambut yang basah..
Pernah dulu menangis kerananya, kerana ditinggalkan olehnya, dan seolah-olah kami tidak akan pernah ketemu lagi, tapi selepas itu dia pulang, rupa-rupanya membawa penawar duka untuk menghapus luka dan air mataku..
Pernah merasa marah kepada yang dicintai, marah kerana dia tidak sudi memenuhi apa yang ku ingini, marah kerana dia tidak akur padaku, pada kehendakku, marah bila merasa dia memaksaku, tanpa aku sedari, air matanya telah melembutkanku, ketidak upayaannya menyedarkan aku..
Pernah aku merasa tidak berdaya, tidak upaya untuk terus mencintainya, kerana dia terlalu memerintahku, menginginkan sesuatu dariku, yang aku memang tidak mampu, tapi rupa-rupanya apa yang diinginkan dari ku itu, hanya untuk ku, sedikit pun dia tidak mahu di akhir titik ketika aku mengecapi apa yang dimahukannya dulu…kenapa sedalam itu cintanya padaku?! kenapa mencintai aku begitu?
Pernah aku merasa kecewa, kerana dia bukan apa yang aku inginkan,bukan hebat seperti kekasih orang lain, kekasih ku bukan elit seperti kekasih orang lain, kekasihku bukanlah mengkagumkan seperti kekasih orang lain, tetapi dia tetap kekasih aku, betapa miskin kekasihku, betapa kurangnya ilmu kekasih-kekasihku itu, dia tetap kekasihku, betapa kampung kekasihku, biarlah, kerana kekampungan itulah yang telah membesarkan aku menjadi manusia, aku rindu pada kekasihku, rindu yang amat…
Pernah kekasihku mengujarkan kata dan nasihat, kekasihku akan sentiasa melontar nasihat buatku, kekasih ku sentiasa mengingatkan aku bahawa dia tidak ada apa-apa untukku, dia tidak ada harta seperti orang lain, kekasihku bukanlah pemilik banglo yang besar, bukan pemilik tanah yang luas, atau emas dan wang yang berkepuk, kekasihku hanya seorang yang punya jiwa yang besar, yang punya kasih yang besar, kekasihku yang sentiasa menitiskan air matanya di saat ingin membahagiakan kekasihnya, yang hanya punya kata-kata sebagai hadiah buat kekasihnya, aku cinta pada kekasihku, cinta yang amat…
Terkenang saat aku cuba melarikan diri dari takdir, masih terkenang titisan airmata pertama kali kekasihku di hadapanku, yang tidak tertahan lagi dengan sebak yang menggunung, teringat segala keringat yang dikerah untuk memacu aku pada kejayaan, dan balasannya? aku menduakan kekasih ku, mengabaikan amanahnya, dan buat sekian kalinya aku membuat kekasihku kecewa…
Jika ditanya apakah aku akan pulang pada kekasihku itu? Jawablah apakah aku tidak akan pulang pada orang yang telah menumpahkan darahnya untukku? Yang menumpahkan peluhnya untukku? Yang pasti sanggup dihina, disepak terajang untuk mempertahanku? Yang memayungi aku dengan dua tapak tangannya? Yang mengalas jemari kakiku dengan kedua pahanya? Katakanlah, apakah aku tidak akan pulang pada orang yang memperdengarkan seruan azan dan iqamat di telinga ku?
Apakah aku tidak akan pulang pada orang itu hanya kerana aku punya kekasih baru, yang telah menggalas amanah dari bahu kekasih lamaku? Adakah aku tidak perlu pulang hanya kerana kekasih lamaku sudah tua? Sudah tidak masyuk untukku pandang, sudah berkedut dan berkerut? Apakah aku tidak perlu pulang kerana suaranya tidak lagi segagah dulu, kata-katanya ibarat bebelan angin yang berlalu bersama desiran hujan yang bingit? Apakah aku tidak perlu pulang kerana tangannya sudah keras untuk membelai rambutku yang lembut? Takut nanti rambut anak-anakku kusut dibelai tangan kekasih lama ku? Apakah aku tidak perlu pulang kerana kepulanganku tidak memanfaatkan aku, tapi hanya memanfaatkan dia? Kerana merasa terlalu geli bila kepulangan ku hanya untuk dipandang? Atau kerana dia tidak lagi upaya memasakkan aku asam pedas kegemaranku, kerana isteriku lebih canggih dari itu? Apakah aku tidak perlu pulang?!!
Pada masa ini, ketika jari-jari ini menaip keras tutur kata yang terpamer di skrin ini, ketika aku sedang melayan rinduku pada kekasihku, aku tersangat ingin pulang, namun hanya Tuhan yang tahu bagaimana seandainya nanti setelah aku bertemu kekasih baru..adakah aku akan melupakannya? Menduakannya dan seterusnya memadam dia dari memori indahku? ya ALLAH, aku rindu kekasihku, rindu yang sangat..kembalikan aku ke sisinya, dan jauhkanlah aku dari sesiapa yang membawa aku jauh dari hatinya, ameen
KEMBALIKAN AKU KE SISINYA

Pengorbanan Aidil pada kekasih-kekasihnya, sebagai membalas jasa dan pengorbanan belahan jiwanya itu
Demikian antara dialog-dialog yang sering menjawab bila di aju dengan soalan “kepulangan”. Yang mana satukah dialog yang akan terungkai di bawah babak hidup anda? Tepuk dada, tanya iman..
TAMMAT
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat
Warga produksi Nur Kasih dan semua yang menjayakan penerbitan cangkir hati pada kali ini
Tak lupa juga buat para penonton Nur Kasih yang tidak sabar-sabar menunggu pagi Sabtu untuk menyaksikan Nur Kasih di tv3.com.my
Sehingga bersambung ke episod seterusnya!




















